Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah satu perkara yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikan ia (kematian) itu di jalan Allah, maka ia adalah keuntungan di dunia serta ganjarannya di akhirat. Dan apa yang menimpa kamu, itu semua adalah ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu.
(Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna)


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat   
“Sempena Muktamar ke-57”
 Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).”  (Surah Asy-Syams 91:8-10)
Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.
Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.
Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.




Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 24 Mei: PAS mengesyaki wujud usaha BN memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing di Tumpat, Kelantan bagi memberi undi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) hari ini mendedahkan maklumat mengenai program yang dinamakan "program pelaksanaan operasi mydaftar" yang akan berlangsung Sabtu, 28 Mei ini.
Menurut beliau, program tersebut diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.
Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.